nuffnang

Friday, January 13, 2012

Eh, ingat senang ke nak kurus ha? !



Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat.



*Ini adalah entri pendek*



Untuk pengetahuan semua, saya sedang dalam proses menurunkan berat badan bersama-sama rakan saya yang lain. Doakan saya kurus ya! heheh. 

Puasa sunat Isnin & Khamis pun elok jugak buat kan? dapat pahala & dapat bersih perut kita jugak :)


MARI BERSENAM.



Ahaa..so true, right?

Nota Jari: Ni semua gara-gara cuti akhir semester lepas yang panjang dan saya pula hanya duduk di rumah menternak lemak haha. Ohh satu lagi, inspirasi daripada Aizat juga. 

Saturday, January 7, 2012

Hijau Itu Bagus


Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu

Where Magazine : Linzie Hunter, Illustration & Hand Lettering


Nota Kaki: Ini adalah entry kesedaran alam sekitar. Biar gambar sahaja yang berkata-kata. Sekian

Sunday, January 1, 2012

Pada Pagi Januari Itu



Assalamualaikum dan selamat hari Ahad dan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012!


*Tajuk entry serupo tajuk novel doh*
_____________________________________________


Wah, hari ini sungguh nice sekali.. Bangun je pagi-pagi tengok takde orang dah kat dalam rumah. Mana semua orang pegi??? Aiyokkk... Baru teringat yang hari ni Hanani@Nani@Didi@D (adik perempuan bongsu) daftar masuk asrama. Ayah pegi kerja. Adik lelaki yang sorang lagi (Fahmi) mungkin ikut sekali kuttt..sebab saya jerit-jerit nama dia takde respon pun. Adehh. Kesian sungguh anak umi seorang ini kena tinggal sorang-sorang kat rumah.

Pintu rumah selambe je terbiar bukak. Barangkali menadah rahmat pagi 1 Januari kot.kot jelah. Hey! bahaya betul kalau pencuri masuk cane? Umi..umi..


Me, Hanani, Fahmi


**************************************

 
Tengok atas meja ada 3 bungus nasik lomak. Wow. Rugi tak makan ni. Buka-buka tengok pehhh!sikit bebenor nasiknyerr punnn!sambal secotet jek. Dasar kedekut punya penjual nasik lomak.

Jalan-jalan dalam rumah lagi tengok-tengok baju busuk banyak gila kat tepi mesin basuh (orang gaji jepun). Jalan-jalan lagi tengok pinggan, mangkuk, gelas, sudu, sudip, kuali, dan segala mak nenek barang dapur duduk dalam sinki dan masih BELUM DIBASUH. Ok fine. Maknanya sekarang ni takde orang lain dah kena basuh baju & pinggan mangkuk tu. Tak lain dan tak bukan ialah orang yang tengah menaip ni la. 

Takpe-takpe. Cool bebeyh. Bukan ape pun, buat keja rumah jer kan. Small matter uolls.

Pastukan, bukak-bukak facebok tengok ade orang share benda nih:


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini..(^_^)

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ...... (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin."



Sebenarnya kan. Saya nak share doa ni jer. Tapi tertaip benda lain pulak.
Saya sekadar berkongsi sahaja. keh keh keh


Nota Jari: [Terkini: adik lelaki saya, Fahmi tu bukannya pegi ikut sekali Hanani daftar asrama, dia pegi                 daftarkan diri dia kat sekolah dia.hahaha ]