nuffnang

Sunday, January 1, 2012

Pada Pagi Januari Itu



Assalamualaikum dan selamat hari Ahad dan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012!


*Tajuk entry serupo tajuk novel doh*
_____________________________________________


Wah, hari ini sungguh nice sekali.. Bangun je pagi-pagi tengok takde orang dah kat dalam rumah. Mana semua orang pegi??? Aiyokkk... Baru teringat yang hari ni Hanani@Nani@Didi@D (adik perempuan bongsu) daftar masuk asrama. Ayah pegi kerja. Adik lelaki yang sorang lagi (Fahmi) mungkin ikut sekali kuttt..sebab saya jerit-jerit nama dia takde respon pun. Adehh. Kesian sungguh anak umi seorang ini kena tinggal sorang-sorang kat rumah.

Pintu rumah selambe je terbiar bukak. Barangkali menadah rahmat pagi 1 Januari kot.kot jelah. Hey! bahaya betul kalau pencuri masuk cane? Umi..umi..


Me, Hanani, Fahmi


**************************************

 
Tengok atas meja ada 3 bungus nasik lomak. Wow. Rugi tak makan ni. Buka-buka tengok pehhh!sikit bebenor nasiknyerr punnn!sambal secotet jek. Dasar kedekut punya penjual nasik lomak.

Jalan-jalan dalam rumah lagi tengok-tengok baju busuk banyak gila kat tepi mesin basuh (orang gaji jepun). Jalan-jalan lagi tengok pinggan, mangkuk, gelas, sudu, sudip, kuali, dan segala mak nenek barang dapur duduk dalam sinki dan masih BELUM DIBASUH. Ok fine. Maknanya sekarang ni takde orang lain dah kena basuh baju & pinggan mangkuk tu. Tak lain dan tak bukan ialah orang yang tengah menaip ni la. 

Takpe-takpe. Cool bebeyh. Bukan ape pun, buat keja rumah jer kan. Small matter uolls.

Pastukan, bukak-bukak facebok tengok ade orang share benda nih:


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini..(^_^)

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ...... (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin."



Sebenarnya kan. Saya nak share doa ni jer. Tapi tertaip benda lain pulak.
Saya sekadar berkongsi sahaja. keh keh keh


Nota Jari: [Terkini: adik lelaki saya, Fahmi tu bukannya pegi ikut sekali Hanani daftar asrama, dia pegi                 daftarkan diri dia kat sekolah dia.hahaha ]

Saturday, December 31, 2011

Bye Bye Hye Hye



Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu

* Ini adalah entry ringkas.



BYE BYE.








HYE HYE !





Thursday, December 29, 2011

Pink !


Assalamualaikum dan selamat hari Khomis. 


Pink by ~lessio on deviantART


Adakah awok-awok semua tau apakah maksud 'pink'? Orang kampung saya memanggil pink sebagai merah jambu, kadangkala memanggilnya warna samar.

Ia warna larangan? Tidak. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan dan keberanian kerana anda memakai ton warna yang sering dilabel feminin.

Merah jambu…ada berani? Warna merah jambu atau pink sering membuatkan kebanyakan lelaki berkerut dan menggeleng. Ini kerana kaum lelaki menganggap warna ini sangat ‘tidak masuk’ dengan mereka.Warna ini dianggap menyerlahkan ciri feminin yang sangat kuat. Lantas mengenakan warna ini bagi lelaki seolah-olah menghilangkan ‘kemachoan’ mereka haha.
Hey, not bad lah. Kacak jer.hehe
Ololo..comel jer klon matluthfi ni.
Ops! Maaf encik Yusoff saya mencilok gambar kamu. :)


Sebenarnya, tidak dapat dipastikan sejak bilakah perkaitan warna dengan sesuatu jantina mula dilakukan.
Warna merah jambu sering dilabel sebagai warna wanita dan warna biru, sebaliknya adalah untuk lelaki. Jika anda berfikir kedua-dua warna ini sememangnya secara tradisi dilabelkan sedemikian, ia sebenarnya tidak tepat. Kann? Kalau beli baju baby perkara macam ni selalu terjadi. 


BAYI PEREMPUAN = PINK
BAYI LELAKI = BIRU

Jadi, pakailah warna apa pun asalkan kita yakin. Wahai lelaki-lelaki kacak sekelian, marilah beramai-ramai berpakaian PINK!wahaha. Terutamanya lelaki yang selalu menggelarkan dirinya kacak ini. Peace.

Bunga-bungaan yang warna pink pun comel jugak kan? Adakah saya sudah mula meminati warna pink? Ohhmaiiii...haha

pink stars in the darkness / marina lippert

Big Rose © Joann Edmonds-Rodgers
shakimbrya
Flower Art - Art Flowers Photos - Flower Photography1024x768��21�i�ୱ
5-1_large
Ohhh cantique nyewwww !



Nota Jari: Subhanallah.. Allah yang Maha Mencipta. Ape-ape pun, saya masih suka warna Ungu.
                Warna kegemaran awok-awok semua ape???

Sumber: Wiki