nuffnang

Monday, November 14, 2011

Khasiat Ayat Kursi

Assalamualaikum.

Waa~ lama tak update blog kesayangan. Haa..sempena minggu exam ni saya nak berkongsi sikit berkenaan dengan khasiat-khasiat ayat Kursi.


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Jom kita sama-sama baca ya! Bismillahirahmanirrahim...

Tulisan besar sikit untuk kejelasan ketika membaca. :)


Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah(berterusan) setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).



    Nota jari: Esok saya ada exam paper PSV 3103: Kreativiti & Seni Kanak-kanak. Doakan saya ya!

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11 pada pukul 1 pagi

Assalamualaikum.



Cantik tarikh ni. hihi




Siap pakai heels dak Suri nih! Gojes gila.



Nota jari: Tak ada ape nak cakap, cuma nak bgtau yang Suri Cruise, anak si Tom Cruise+Katie Holmes tu comel sangattt! (okay.tak da kaitan.kbai! )




okay.fine.bukan pukul 1 pagi lah.
ce tengok kat bawah tu..
pukul 12.59.fine.fine. -___-



Tuesday, October 18, 2011

Awak Jaga Tak Solat?

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kalau duduk sorang2 dalam bilik ni memang banyak la benda2 duk pikiaq..lagi2 pasal diri sendiri yang banyak sangat kekurangan & kelemahan..hmm. Solat tak berapa nak jaga...selalu lewat bangun pagi. Sedar2 dah pukul 7.30 pagi. Subuh gajah. Rasa serba salah sangat-sangat kalau ter-miss solat Subuh. Sedih. Kecewa.Sekarang ni dah macam kerap sangat bangun lewat. Tak tahu kenapa. Umur dah 20 tahun tapi still tak boleh manage life kat kampus. Benci!


Sampai sekarang, solat masih belum sempurna. Dan sy rasa itulah punca, apa sahaja yang dibuat jadi tak sempurna, asyik separuh jalan tak menjadi. Sy cuba muhasabah diri, okay, pikir esok kalau mati macam mana? Kalau buat baik macam mana pun, kalau solat tak jaga, tak guna juga, sia-sia semuanya.


Banyak sangat benda yang melekakan kat dunia ni. Internet ni sendiri, berapa ramai yang melewatkan solat sibuk sibuk online? Kalau sehari tak update status facebook tak sah kan? Tu tak termasuk menghabiskan masa berjam-jam blogwalking. Bila pi shopping mall, gathering dengan kawan, pergi event itu ni, berapa ramai je yang singgah surau/masjid untuk tunaikan solat? Itu belum masuk lagi bab khusyuk dalam solat, mata liar tengok corak di sejadah, kalau solat berjemaah tu, tengok telekung orang yang kat depan cantik je kerawang dia, mulut terkumat-kamit membaca, anggota badan bergerak mengikut rukun, tapi, otak kemana tah, duk pikir segala macam benda. Haihh...



Terlalu ramai anak muda kita, termasuk sy ni yang tak berapa nak muda meringankan solat. Sedihkan. Walhal, solat tu ambil beberapa minit je. Itupun kalau boleh nak cepat-cepat, nak skip berdoa, nak skip berzikir. Haihh -__-"



Sampai bila nak jadi macamni? Selagi nyawa masih ada, selagi itulah peluang Allah berikan. Esok, lusa, sekejap lagi ke, kita tak taulah kalau masih ada kesempatan. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari. Hidup ni sementara je, akhirat tu forever and ever and ever. Tak dan akhirat, tapi dalam kubur tu pon dah tersedia balasan yang setimpal dengan amalan kita.





.... scary kan? Bagi yang lalai macam sy ni marilah kita sama-sama rajin beribadah, jaga solat segala. Bagi yang dah rajin tu, bagus Alhamdulillah, dan semoga melakukannya dengan Istiqamah. Biar konsisten, kita ni sekejap rajin, sekejap malas. Pon tidak bagus itu. Ya Allah.


So, kalau anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.







Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).



* Salah satu dari 7 jenis wajah mayat dalam kubur adalah:

Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

Nota jari: Huuu Ya Allah takutnya. Oleh itu, sebagai seorang pengguna internet dan blogger yang tegar, saya ingin menyeru pada semua dan pada diri sendiri supaya kita semua lebih tegar beribadah dan menunaikan solat juga sebelum masa dah time dan hanya tinggal comment di wall facebook kita yang mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah buat diri kita yang sudah tidak ada lagi di dunia.